Senyumlah dan bersyukurlah anda dipilih menjadi seorang doktor

Alhamdulillah sedar tak sedar sudah masuk 8 bulan bertugas di hospital di tanah air sendiri. Pada mulanya ingatkan “impossible” atau tidak mungkin saya akan “survive” di hospital Malaysia. Bagi kebanyakan pelajar yang belajar di luar negara dan tidak pernah ada pengalaman belajar di hospital di Malaysia, bekerja di Malaysia seolah-olah satu mimpi buruk. Saya sendiri termimpi-mimpi seminggu dua sebelum mula bertugas, tidak dapat bayangkan bagaimana agaknya bekerja di Malaysia.

Iftar i-MEDIK ISMA September 2009

Lapan bulan berlalu dengan begitu pantas. “Rotation medical” telah berlalu dan kini ortopediks pula. Lagi sebulan di ortopediks, kemudian ke pembedahan pula. Sebulan pertama kerja, memang bukan ‘the best of time’. Mula kerja pukul 7 pagi. “Average” waktu pulang ke rumah dalam 11 malam. Waktu itu, timbul perasaan menyesal menjadi seorang doktor. Mungkinkah saya tersalah pilih kerjaya?  Memang ada terasa di hati mahu “resign”. Kerjaya sebagai doktor rupanya tak seindah yang disangka. Tidak seindah seperti yang kita bayang-bayangkan sebelum ni. Maklumlah, baru kerja, pagi-pagi lagi kene tengking dengan “Medical Officer” (MO), datang “specialist”, kene pula dengan “specialist”. Fakta-fakta “medical” memang banyak tak ingat, cara kerja di Malaysia pula tidak sama dengan di Australia. Bila bertanya sahabat doktor yang lain, rupanya orang lain pun fikir begitu, ada yang terfikir nak kerja di “lab”, nak jadi ahli farmasi, ada yang nak tukar jadi doktor gigi. Saya pula teringin nak jadi suri rumah sepenuh masa.

Kini, 8 bulan telah berlalu, sedikit demi sedikit mula menerima hakikat yang saya seorang doktor. Tapi kalau nak difikirkan balik, kalau tidak dapat menerima hakikat pun, saya masih seorang doktor. Tak boleh lari. Saya selalu teringatkan kata-kata seorang doktor yang bekerja di Adelaide, Australia

“Whether you like it or not, you’ll be stuck in this profession for at least 20-30 years, so might as well like it, and enjoy it. Kalau kamu “enjoy” pun kamu seorang doktor, kalau kamu tak “enjoy” pun kamu tetap seorang doktor, baik enjoy kalau macam tu, daripada terseksa emosi dan mental.”

Kata-kata doktor tersebut selalu berulang-ulang di fikiran sewaktu menjalankan tugas di hospital, walaupun memang sukar untuk “enjoy” kerjaya dalam keadaan yang mencabar emosi dan fizikal. Maklumlah,  Ia bukan kerjaya ‘fancy’. Tidak ada pejabat, tidak ada meja sendiri yang kita boleh hias-hias dengan alat tulis dan gambar keluarga. Tidak ada ‘outstation’ di hotel-hotel. Kebanyakkan perkara yang berlaku sepanjang saya bergelar doktor adalah perkara yang tidak disukai ramai, kene tengking, tak tidur malam, balik lewat dan tak dapat bermain dengan anak, penat berjalan ke hulu dan kehilir, naik turun tangga, kadangkala boleh jadi terpaksa berdepan dengan perkara menjijikkan (“direct contact” dgn specimen air kencing, najis, kaki pesakit berulat, kene muntah pesakit dan lain-lain).  Apakah semua ini? Begini rupanya menjadi seorang doktor. Dulu tiada ada pula orang sebut tentang semua ni. Sebelum ni, yang kita dengar tentang kerjaya sebagai doctor, indah-indah belaka.

Bagi setiap penyakit, tentu ada penawarnya. Begitu juga dengan “penyakit” tak mahu menjadi seorang doktor ini. Saya percaya bukan saya seorang saja yang berpenyakit seperti ini. Memandangkan ramai lagi yang bakal bergelar seorang doktor, saya ingin berkongsi bagaimana saya “counter- act” fikiran-fikiran negatif dalam fikiran saya sepanjang bergelar seorang doktor di Malaysia. Bukan apa, sepanjang saya bertugas ni belum pernah bertemu dengan rakan doktor yang memang suka jadi “houseman”. Mungkin sedikit sebanyak boleh bantu saudara dan saudari.

  1. Bagi mengatasi masalah sedih, dan “down-graded” selepas dimarahi/ ditengking bos.  fikirlah bahawa seperti di dalam hadith yang kita pelajari, orang yang tak dapat mengawal marah itu adalah selemah-lemahnya manusia. Satu lagi, bagus juga kene marah, dapat belajar. Tak apa kena marah asalkan pesakit kita selamat.
  2. Bagi mengatasi masalah penat oncall semalaman, ‘patient’ tak berhenti masuk, “zero sleep” semasa oncall- bayangkan bagaimana sewaktu Sultan Muhammad Al-Fatih mengarahkan tentera-tenteranya mengangkat kapal dari hujung bukit ke hujung bukit dalam satu malam, dan pada paginya pula sambung perperangan, pastinya mereka juga mendapat “zero sleep”, no pain, no gain.
  3. Bagi mengatasi masalah sedih meninggalkan anak di rumah- tidak semestinya lagi banyak masa kita luangkan untuk anak bermaksud lebih baik, yang penting adalah keberkatan waktu kita bersamanya. Disini, saya sarankan banyakkan berdoa untuk tabahkan hati. Saya juga sarankan bakal doktor dptkan rumah dekat dengan hospital supaya boleh balik tengahari. Saya kerap pulang ke rumah pada tengahari walaupun hanya balik setengah jam sahaja.
  4. Bagi mengatasi masalah takutkan sesetengah doktor yang dikatakan garang, terutamanya bila dialah yang menjadi MO kita ataupun ditakdirkan kita akan oncall bersamanya- fikirlah bahawa sebagai seorang islam, kita tak dibenarkan takut kepada makhluk lain selain Allah. Kalau MO tersebut kuat marah, dialah selemah-lemah manusia. Kita patut bersyukur tak menjadi seperti MO tersebut. Tapi kena ingat juga, kalau memang kita yang salah, ambilah pengajaran.
  5. Untuk mengatasi masalah menyesal menjadi seorang doktor- percayalah bahawa setiap yang berlaku pada saat ini adalah yang terbaik buat kita, tiada yang lebih baik. Lagipun, kalau kita hayati kerjaya ini, memang banyak mutiara-mutiara, pengajaran-pengajaran yang kita boleh kutip sepanjang bekerja. Ada satu malam saya on-call, 4 pesakit meninggal malam tu, saya kena “attend”. Saya ambil peluang itu untuk muhasabah tentang kematian. Setiap pesakit ada cerita masing-masing, tidak semuanya manis. Ini peluang untuk kita bergaul bersama mereka, saya ambil peluang ini untuk bergaul dengan masyarakat dan selami hati mereka dan masalah mereka untuk mendapatkan gambaran keadaan masyarakat kita masa kini.

Sekian dulu sedikit perkongsian dari saya yang baru setahun jagung di dalam profesion ini. Kesimpulannya, bagi bakal-bakal doktor, terutamanya graduan luar Negara, tahniah, anda bakal menjadi seorang doktor. Jadi senyumlah dan bersyukurlah dengan kenyataan tersebut. Itulah yang terbaik buat anda.

-Ummu Solahuddin-
Dr Nor Ruzaini bt Sulaiman
Hospital Besar Melaka

Advertisements

17 Responses to Senyumlah dan bersyukurlah anda dipilih menjadi seorang doktor

  1. ibnukhair says:

    Phew..

    Acik.. tak sangka pandai menulis.. That’s step was gourgous (betui kaa eja ni)

    Hehe.. Moga tsabat lak jadi penulis blog.. [kerjaya ni, tade orang tengking punya insyaAllah :))

    [U+S].K.K.R

  2. Hazwani Raffar says:

    Salam kenal doc..minta izin share blog page ni ye..saya juga takut nk jd H.O, skrg tgh 4th yer dekat Fac of Med, Univ of Indonesia..tinggal setahun lagi utk pulang ke malaysia for good insyaAllah..huhu..post di blog ini sgt berguna n membuka mata saya..terima kasih..

    • truecaliph says:

      salam, salam perkenalan, semoga berjaya insyaAllah. Setiap sesuatu yang baru perlukan masa untuk penyesuaian, once dah biasa, insyaAllah OK. kalau kita buat silap, kita belajar dari kesilapan. Take it positively 🙂 – sometimes its better to learn through the hard way, it tends to stick longer it your head 🙂
      -ummu solah-

  3. wardatunnisa says:

    salam.. sy br shj dpr rslt spm.. minat dlm medic la.. but, more 2 dentistry,, but, saya nk jd dr atau dentist,, tp,, sy sangt takut nk berhadapan dgn darah,,, tubuh manusia,,, wa!! blh x dr suggest me mcmmn nk build semngt nk jd dr n nak hilngkn tkt utk berhadapan dgn darah n so on yg mengerikan

    • truecaliph says:

      salam, sorry lambat balas :), mcamana result SPM haritu? if u don’t mind sharing…masa akak first2 tgk mayat pun, akak rasa mcm dizzy, mcm badan melayang2, tp dh lama2 tu ok, ambil masa skit nak get used to it. Jadi dentist pun Ok, akak setuju juga. kalau nak jadi doktor, kene sediakan diri, in the future,bersedia to work hard bermula dari foundation (1-2 thn) dan 5 tahun seterusnya (ijazah), lepastu kerja pun mencabar, sekurang-kurangnya 2 tahun pertama. Fikirlah masak-masak dahulu. kalau ada minat dan kesediaan tambah pula dengan result yang gempak, insyaALLAH ok, teruskan dgn cita2 adik. kalau dentistry akak tak berapa pasti bagaimana…tp dalam semua bidang pun, hard work itu perlu 🙂
      -ummu solah-

  4. Dr. Ahmad Arieff Atan says:

    Salam..

    Alhamdulillah, tahniah Kak Noni, insya-Allah akan dipermudahkan baki perjalanan sebagai seorang HO..

    Terima kasih atas perkongsian..

  5. wardatunnisa says:

    salam.. sy dpt 8a 1b,, fzik yg b.. sedh la juga.. tp itula rzekinye kn,,, so akk rs better buat course yg mn dgn rslt saye ni??

  6. naza says:

    mohon copy post nih boleh ?

  7. Dr Irda Yuhanis Ahmad Zaidi says:

    salam,
    akak,walaupun agak lambat tp anis jadi semangat balik bile bace post ni..O&G asyik kene marah je..huhu..syukran!:-)

  8. Dr Mat Salleh Sarif says:

    salam

    alhamdullilah, artikal yang baik. mohon kebenaran untuk dikongsi penerbitannya dalam i-Medik blog.ok tak?

    dr mat salleh

  9. Armin says:

    Emm..I just graduated from one of the state university in Indonesia. Before I completed my studies, I do heard that there are many rumors saying that most of the HO always being scolded by the MO, Specialist etc. I dengar mcm tu pun takut juga, working environment di Indonesia tak lah seburuk itu, mostly consultants akan tegur baik2 dan kasi pembetulan apa yg dah salah. I don’t know understand why-lah most senior doctors in Malaysia suka marah2. Apakah dengan marah akan membentuk keperibadian dokter2 yg baru. Apakah mereka lupa dengan Sumpah Dokter yg mereka ucapkan? Saya msh ingat dlm sumpah saya itu ada disebutkan bahwa saya akan melakukan teman sejawat seperti apa saya mau lakukan. Emm….saya rasa dokter2 yg dah senior itu perlu menghayati kembali Sumpah Dokter tersebut..semoga sukses buat bakal HO. Saya insya Allah akan mulai bekerja awal Sept 2010….jd mw ga mw hrs prep dengan mental kuat utk kerja di Malaysia..

  10. ummu nukman says:

    salam.. tahniah noni.. satu nafas baru utk sy teruskan kerja ni

    rindu solah!
    nukman alhamdulillah sihat…

  11. steffie says:

    salam….

    saya masih ragu ragu tentang kerjaya doktor ne.. sama ada saya nak pilih kerjaya ne atau tak.saya tak takut berhadapan dgn darah atau pun mayat. tapi kalau da tgk pesakit yg kesakitan sgt tue… mula la rasa macam sama2 sakit. 🙂 … ada apa2 tips yg boleh dkongsikan doc? 🙂 …

  12. truecaliph says:

    salam,

    adik masih bersekolah ke?, umur berapa?

    bagi akak, adik sememangnya layak menjadi seorang doktor…

    adik kata rasa sama2 sakit ye kalau tgk org sakit? bagusla macam tu. ini sesuatu yang boleh membantu adik dalam kerjaya sbg seorang dr nnt. bila kita rasa mcm sama2 sakit maka kita akan sedaya upaya merawat seseorang itu tak kira penat lelah dgn ikhlas. kita hanya akan puas bila pesakit tu pulih semula.

    susah juga kalau tak ada perasaan ni, nnt kita tak ada “urge” nak pulihkan dia. Ada kemungkinan besar kita akan selesaikan kerja kita mcm melepaskan batuk di tangga sewaktu merawat pesakit, cukup waktu bekerja, kita pun balik begitu sahaja. Tambah teruk lagi kalau kita marah dgn kedatangan seseorang pesakit tu kerana kita penat melayan dia, terutama waktu on-call. Tapi kita kene ingat, pesakit ada hak untuk dtg ke hospital bila2 masa sahaja. Cuba bayangkan sekiranya pesakit itu adalah ahli keluarga kita. Sanggup kita melihat dr lain memberi layanan buruk kepadanya?

    InsyaAllah perkara2 seperti ini tak akan berlaku kalau kita ikhlas bekerja, dan rasa sama2 sakit seperti pesakit kita, sepertimana adik katakan. Tapi, asalkan perasaan itu tak terlebih hingga dpt menjejaskan kualiti kerja kita. Kenelah seimbangkan emosi dlm pekerjaan.

    wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: