Rumah Terbuka Eidul Fitri ISMA Melaka

September 19, 2010

Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh,

Sukacita dimaklumkan bahawa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka  menjemput semua muslimin, dan muslimat ke Rumah Terbuka Eidul Fitri ISMA Melaka pada 26 September 2010 (Ahad) bersamaan dengan 17 Syawal 1431 Hijrah bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang bertempat di Dewan Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal, Melaka. (Bersebelahan dengan Pejabat ISMA Melaka dan Surau Barokah)

Tentatif

  • Tetamu hadir
  • Jamuan
  • Kata-kata aluan pengerusi majlis
  • Bacaan doa
  • Ucapan Perasmian oleh YDP ISMA Melaka
  • Persembahan Nasyid Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
  • Persembahan NAZIM
  • Solat Asar
  • Jamuan
  • Bersurai

Peta

Anjuran
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka

Dengan kerjasama
Kelab Remaja ISMA (KRIM), Cawangan Melaka
Persatuan Belia Islam Nasional (Melaka)


Delegasi Aman Palestin kunjungi PM Palestin, Ismail Haneeya

August 13, 2010

Ustaz Abdullah Zaik bersama PM Palestin, Ismail Haneeya

Gaza, 13 Ogos Delegasi misi kemanusiaan Aman Palestin yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutif Aman Palestin yang juga Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman telah mengadakan kunjungan ke atas Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneeya di Gaza semalam, menurut laporan terkini yang diperolehi daripada sana.

Kunjungan ini diadakan sempena kedatangan delegasi Aman Palestin untuk menghantar bantuan kemanusiaan bernilai USD 150,000 yang berupa ubat-ubatan, susu bayi serta persediaan untuk menyambut Ramadhan bagi seluruh muslimin yang berada di bumi Gaza.

Semoga hubungan yang terjalin ini akan mengeratkan lagi ikatan persaudaraan di antara umat Islam di Malaysia dengan saudara seaqidahnya di Palestin.

Sumber : http://www.ismaweb.net/v4/delegasi-aman-palestin-kunjungi-pm-palestin-ismail-haneeya/

“Saya mengimpikan suatu hari nanti saya akan menjejakkan kaki di bumi Gaza dan solat di Masjid Al-Aqsa”


Bengkel Penulisan Rencana ISMA

July 16, 2010

Assalamualaikum wbt

Saya berkesempatan menghadiri bengkel penulisan rencana pada ahad yg lalu.Mohd Sayuti Omar (MSO) merupakan salah seorg pembentang dalam bengkel tersebut.

Posted with WordPress for BlackBerry.


Pertandingan Menulis Cerpen Islami KRIM

June 13, 2010
Ayuh jangan lepaskan peluang anda untuk menunjukkan bakat penulisan anda dan merebut hadiah yang lumayan.
maklumat terperinci ada di bawah ini atau layari
www.remajaisma.wordpress.com
Selamat BerKARYA !!!

TAKZIAH BUAT ZULKEFLI ZAKARIA

February 18, 2010

Warga kerja Petronas Penapisan Melaka Sdn Bhd (PPMSB) dikejutkan dengan berita pemergian Saudara Zulkefli b Zakaria lebih kurang jam 615 pagi tadi (17 February 2010) ketika di tempat kerja. Beliau merupakan rakan sekerja saya di Area Maintenance Team 6 (AMT6), Production Department. Malam tadi kami bekerja shift malam bersama malah kami sempat solat maghrib dan isyak bersama di surau pejabat. Saya mengenali beliau sebagai seorang yang penyayang dan penyabar.

Saya bersama isteri sempat menziarah jenazah dan keluarga di Durian Daun, Masjid Tanah pagi tadi. Jenazah yang selamat dikebumikan selepas zohor meninggalkan isteri bersama 5 orang cahaya mata.

Kami mendoakan agar ahli keluarga beliau akan tabah dan sabar menerima berita ini. Buat para pembaca yang dihormati, kami memohon agar bersama kita menghadiahkan pahala al-Fatihah buat Allahyarham Zulkefli b Zakaria. Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang soleh yang senantiasa mendapat rahmat dan barokah Allah SWT. Ameen.

Al-Fatihah…

“Innalillah wainna ilaihi raji’un” ( Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jualah kita kembali)

AS, US & S


KOBANNA: Satu Perkongsian

February 2, 2010

Pada 30 Jan 2010 yang lalu, saya bersama isteri berkesempatan untuk menghadiri “Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna (KoBanna) dalam melakar agenda bangsa” bertempat di Dewan Sri Sarjana, Uniten (walaupun malam sebelumnya saya bekerja shift malam dari 7 mlm ke 7 pagi esoknya). Rombongan ISMA Melaka yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini berjaya mengumpulkan 4 bas dan beberapa kenderaan bagi memeriahkan lagi konvensyen yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ini.

ACTION SPEAK LOUDER THAN WORD
Pagi itu, kami tiba di UNITEN pada pukul 845 pagi. Ketika melalui hadapan Dewan Sri Sarjana, kelihatan ratusan peserta konvensyen telah pun tiba. Tempat letak kereta yang berhampiran juga sudah penuh. Jadi, kami terpaksa meletakkan kenderaan dalam 400m dari dewan. Suatu yg menarik ketika saya mematikan enjin dan keluar dari kereta, rupa-rupanya kereta di belakang kereta saya adalah milik salah seorang pembentang kertas kerja KOBANNA tersebut. Selepas bersalaman, saya dengan peliknya bertanya, ” Kenapa Ust parking kereta jauh-jauh kat sini? kan ada parking VIP sebelah dewan”. Dengan bersahaja, beliau menjawab, “takpa, semua orang sama jer” dan terus berjalan di bawah mentari pagi 400m mendaki bukit ke dewan. Inilah satu rakaman hidup contoh peribadi tokoh ISMA yang boleh dijadikan contoh. Alhamdulillah ISMA mempunyai peribadi tokoh yang tawadhu’ seperti itu.

SYABAS BUAT PENGANJUR KOBANNA
Syabas kepada pihak penganjur yang telah menjayakan KOBANNA. Kejayaan ini tidak akan lahir tanpa pengorbanan dan sumbangan ratusan manusia daripada yang mencari dan memberi “sponsor”, membentang kertas kerja, menjadi pengerusi majlis, sehinggalah yang menjaga lalulintas di tempat letak kereta serta menyusun dan mengangkat kerusi meja. Jauh di sudut hati ini, saya dapat rasakan mereka yang membantu sebaik mungkin ini bukanlah kerana habuan wang atau kerana ingin mendapatkan kemasyhuran, tetapi kerana ikhlas untuk berbakti kepada agama islam dan bangsa melayu yang kita sayangi bersama. Namun tidak dapat dinafikan, masih ada ruang-ruang yang boleh dibaiki dalam penganjuran konvensyen sebesar ini di masa hadapan kiranya ISMA bercita-cita untuk menjadi sebuah organisasi masa hadapan. Mungkin di masa hadapan, boleh diselitkan nasyid atau pentomin yang boleh menghidupkan lagi suasana dan mengelakkan dari tertidur.

APA YANG SAYA DAPAT DARIPADA KOBANNA

1. Memberi kefahaman tentang manhaj (kerangka) perubahan Islam berdasarkan pemikiran Hasan al-Banna
2. Lebih memahami halatuju dan “stand” ISMA terutamanya bagaimana untuk mengimplimentasikan ideologi Hasan Al-banna dalam konteks Malaysia
3. Orang melayu hanya ada 2 pilihan; sama ada bangkit bersatu atas agenda sendiri atau terus berpecah dengan melaksanakan agenda orang lain

“Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah keluarga dan bangsa seseorang itu lebih utama untuk menerima kebaikan dan kebajikannya serta lebih berhak untuk dilimpahkan segala sumbangan dan jihadnya, maka maksud ini adalah benar. Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya?” -As Sayyid Hassan Al Banna-

RESOLUSI KONVENSYEN ”PEMIKIRAN HASSAN AL BANNA DALAM MELAKAR AGENDA BANGSA”

Berikut adalah Resolusi yang di dapati hasil pembentangan beberapa kertas kerja dan perbincangan yang di adakan :-

Kemelut perbezaan ideologi dan kekeliruan identiti yang melanda bangsa Melayu Muslim, sebagai bangsa teras umat islam di negara ini, memerlukan satu jawaban yang mampu membawa satu penyelesaian yang menyeluruh. Penguasaan ideologi barat yang berasaskan humanisme telah berjaya mencengkam pemikiran bangsa Melayu sehingga mereka sudah tidak yakin dengan kemampuan diri dan terpaksa bergantung kepada bangsa lain. Lebih memburukan lagi apabila bangsa Melayu Muslim ini sanggup berganding bahu dengan bukan islam demi menjatuhkan bangsa Melayu Muslim yang lain. Perebutan kepada kuasa politik menyebabkan mereka hilang pertimbangan sehingga terpaksa berkompromi dalam ideologi perjuangan mereka. Dalam masa yang sama kesempatan ini di gunakan sepenuhnya oleh bangsa lain untuk menghina orang Melayu dan menuntut segala hak kesamarataan termasuk dalam isu-isu agama.

Sebagai bangsa majoriti, masa hadapan negara amat bergantung kepada keutuhan bangsa Melayu. Maka dengan itu konvesyen ini telah mengenegahkan pemikiran Imam Hassan Al Banna dalam menentukan metod yang praktikal bagi merubah masyarakat Melayu Muslim untuk menjadi sebuah bangsa yang mulia dan berwibawa. Hasil pembentangan dan perbincangan, konvensyen ini mengemukakan resolusi-resolusi berikut :-

1. Untuk menjayakan agenda Islam yang besar ianya mestilah bermula dengan membangunkan sebuah bangsa yang kuat. Oleh itu, selaku kaum majoriti, membangunkan semula bangsa Melayu Muslim menjadi pra syarat kepada kemuliaan islam di negara ini dan ia mesti menjadi gagasan utama pemimpin negara.

2. Perpecahan antara golongan Melayu Islamis dan Melayu Nasionalis yang berpunca dari sikap kepartian yang melampau menjadi punca kelemahan bangsa. Oleh itu ia mesti di hentikan segera supaya orang Melayu tidak terpesong dari tujuan asalnya dan terjebak dalam agenda orang lain.

3. Pemikiran humanisme yang meletakkan kehendak manusia sebagai matlamat dan pusat kehidupan akan melahirkan bangsa Melayu yang tiada identiti Kemelayuan dan Ketimurannya serta hilang jatidiri sebagai seorang yang berani dan berpegang teguh kepada agama. Untuk menyekat pemikiran ini masyarakat Melayu Muslim mesti dikembalikan semula kepada pendekatan keagamaan.

4. Model Fikrah Islam Syumul Al-Banna yang merangkumi aspek akidah, ibadah, tanah air, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya, ekonomi dan undang-undang terbukti telah berjaya menangkis fahaman dan ideologi Barat dan mampu membangunkan kembali jatidiri masyarakat.

5. Usaha mengubah nasib orang Melayu Islam di tanah air sendiri tidak akan membuahkan hasil jika Islam tidak diambil sebagai dasar dan falsafah. Memisahkan Melayu daripada Islam dalam konteks pembangunan sebuah bangsa yang berdaulat tidak akan membawa kesejahteraan, sebaliknya keadaan akan menjadi semakin gawat dengan pelbagai isu politik, ekonomi dan sosial.

6. Kekuatan jiwa merupakan kekuatan utama dalam kebangkitan mana-mana umat di sepanjang sejarah manusia, tanpa mengenepikan ekonomi dan politik. Kesedaran rohani yang kita inginkan ialah hati yang hidup, kebangkitan perasaan dan sentimen yang sebenar, hati baru yang menyala, perasaan yang bergejolak serta roh yang bercita-cita tinggi. Semua ini mesti di tanam di dalam jiwa bangsa Melayu Muslim.

7. Dalam menilai dan menentukan sikap terhadap sesuatu isu, masyarakat Melayu Muslim mesti berpandu kepada Maqasid Syarak dengan hujjah dari nas yang sahih bukan berasaskan kepentingan kuasa politik.

8. Tahaluf muslim dengan non muslim tidak boleh membawa kepada wala’ kepada non muslim apatah lagi untuk membantu mereka bagi menjatuhkan muslim lain. Ia hanya di benarkan apabila non muslim memenuhi syarat yang di tentukan syarak.

-Abu Solahuddin-

RUJUKAN:


Konvensyen Pemikiran Hassan Al-Banna “Melakar Agenda Bangsa”

January 15, 2010

Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

TARIKH : 30 JANUARI 2010

TEMPAT : DEWAN SERI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), BANGI.

ANJURAN : IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

INFO : HTTP://KOBANNA.ISMAWEB.NET

OBJEKTIF

i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii. Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
Iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.

PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

YURAN PENYERTAAN
Perseorangan : RM50
Pelajar : RM20

TENTATIF PROGRAM
08.00 am – 08.30 am Kehadiran peserta dan pendaftaran
08:30 am – 10:00 am Ucaptama Konvensyen
10:00 am – 10:30 am Rehat
10:30 am – 11:40 am Kertas Kerja I
11:40 am –12:50 pm Kertas Kerja II
12:40 pm – 02:00 pm Solat dan Makan Tengahari
02:00pm – 03:15 pm Kertas Kerja III
03:15 pm – 04:00 pm Pembentangan Resolusi
04:00 pm – 04:30 pm Ucapan Penutupan Konvensyen. Majlis bersurai

Kertas Kerja I
”Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Agenda”
Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias

Kertas Kerja II
”Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pendekatannya di Malaysia”
Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman

Kertas Kerja III
”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak”
Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni

InsyaAllah, ISMA Melaka akan mengusahakan penghantaran rombongan pada hari tersebut. Kepada pembaca yang tinggal di sekitar Melaka dan berminat untuk turut bersama, bolehlah menghubungi penganjur seperti di bawah

* Saudara Zulkipli – 013-6001722
* Saudara Khair – 013-3930221

Diharap Konvensyen sebegini mampu menaikkan kembali kefahaman bangsa Melayu Muslim khususnya terhadap agenda memajukan ummah. Sila layari laman sesawang http://kobanna.ismaweb.net untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut. Anda juga boleh memuat turun borang penyertaan seperti di bawah.

Wassalam

Disediakan oleh,

Sidang Redaksi
ISMAmelaka.com