Rumah Terbuka Eidul Fitri ISMA Melaka

September 19, 2010

Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh,

Sukacita dimaklumkan bahawa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka  menjemput semua muslimin, dan muslimat ke Rumah Terbuka Eidul Fitri ISMA Melaka pada 26 September 2010 (Ahad) bersamaan dengan 17 Syawal 1431 Hijrah bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang bertempat di Dewan Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal, Melaka. (Bersebelahan dengan Pejabat ISMA Melaka dan Surau Barokah)

Tentatif

  • Tetamu hadir
  • Jamuan
  • Kata-kata aluan pengerusi majlis
  • Bacaan doa
  • Ucapan Perasmian oleh YDP ISMA Melaka
  • Persembahan Nasyid Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
  • Persembahan NAZIM
  • Solat Asar
  • Jamuan
  • Bersurai

Peta

Anjuran
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka

Dengan kerjasama
Kelab Remaja ISMA (KRIM), Cawangan Melaka
Persatuan Belia Islam Nasional (Melaka)


REMAJA PERLU SYUKURI NIKMAT KEMERDEKAAN

August 13, 2010

Sg Udang, 9 Ogos 2010 – Pada tanggal 31 Ogos 2010 nanti, genaplah 53 tahun rakyat Malaysia menikmati kemerdekaan di bumi Malaysia tercinta.

“Sebagai seorang remaja yang merdeka, kita seharusnya sentiasa bersyukur di atas nikmat kemerdekaan ini kerana tanpa kemerdekaan, kita mungkin tidak dapat merasai apa yg kita kecapi pada hari ini”, kata Pengarah Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Cawangan Melaka, En Mursyidi Mohammad.

img_3679

Pengarah KRIM Melaka menerima cenderamata daripada  Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, MRSM Terendak

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk “Erti Sebuah Kemerdekaan” sempena Majlis Penutupan sambutan Minggu Kemerdekaan di Dewan Budiman, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak. Seramai 689 pelajar Tingkatan 1 sehinga Tingkatan 5 dan barisan pengajar memenuhi ruangan dewan dalam majlis penutupan tersebut yang berakhir tepat jam 5 petang.

“Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila kita bebas dari penyelewengan syariat Ilahi merangkumi aspek kepercayaan, minda, jiwa, bangsa dan Negara”, tegas beliau.

Beliau juga mengingatkan bahawa generasi muda adalah harapan bangsa, agama dan Negara. Remaja perlu meningkatkan aspek kekuatan spiritual, fizikal, emosional, sosial dan intelek bagi mengharungi cabaran dalam arus permodenan masa kini.

Turut hadir adalah Puan Hajah Zaliah bt Mehandin, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, MRSM Terendak dan wakil Aman Palestin, En M Harris b Hasbullah yang turut menyampaikan ceramah.

Sumber : http://ismamelaka.com/v1/remaja-perlu-syukuri-nikmat-kemerdekaan/


Pertandingan Menulis Cerpen Islami KRIM

June 13, 2010
Ayuh jangan lepaskan peluang anda untuk menunjukkan bakat penulisan anda dan merebut hadiah yang lumayan.
maklumat terperinci ada di bawah ini atau layari
www.remajaisma.wordpress.com
Selamat BerKARYA !!!

Buku yang MESTI dibaca oleh REMAJA yang ingin BERJAYA

April 25, 2010

Judul : SITI FATIMAH 18A : Watak Remaja Zaman Ini
Penulis : Dinsman
Penerbit : Media Minda Resources Sdn Bhd, Kuala Lumpur 2007

Siti Fatimah Mukhtar. Remaja yang mendapat 17A1 + 1A2 dalam SPM 2006. Dalam ujian pertengahan tahun tingkatan 4, dia mendapat 24A, termasuk subjek Agama dan Bahasa Arab. Anda pun boleh capai kejayaan yang sama. Siti Fatimah mendedahkan semua rahsia kejayaannya melalui buku dan VCD ini. Lebih dari itu – dia watak remaja zaman ini. Aktif kokurikulum, aktif sukan dan menunjukkan bakat kepimpinan yang menyerlah. Sempat pula menghafal al-Quran (sudah 15 juzuk). Dan kehidupan sosialnya cukup menarik. Punya cara sendiri berhibur dan mengatasi stress.

Biodata Siti Fatimah
Nama : Siti Fatimah Mukhtar
Sekolah : SMU Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu
Jawatan : Ketua Pengawas Sekolah
Pencapaian :

  • SPM 2006 – 18 A (17A1 & 1A2)
  • Ujian Pertengahan Tahun Tingkatan 4 – 24 A ( 22A1 & 2A2)

Anugerah :

  • Pelajar Terbaik SPM 2006 Malaysia
  • Biasiswa Khas Skim Pelajar Cemerlang SPM Bank Negara Malaysia
  • Pelajar Mithali Yayasan Islam Kelantan 2006
  • Pelajar Melayu Terbilang GPMS 2007

“ Dan satu je saya berpegang – doa kepada Allah. Kalau kita ikhlas, Allah akan tolong kita walau di mana pun kita berada, insyaAllah.”

“ Niat kita pertamanya memanglah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Dan kita perlu cinta ilmu pengetahuan. Sebab kalau kita cinta, contohnya apa-apa yang kita minat, dan kita buat itu bukan kerana paksaan, kita akan rasa ia adalah satu perkara yang menyeronokkan”

“Saya rasa dengan menghafal al-Quran itu lebih menguatkan ingatan saya”

Saya sudah baca, anda bila lagi…

-Mursyidi Mohammad-


KRIM Bangkit Jatidiri Pelajar Vokasional

April 3, 2010

Muar, 27 Mac 2010 – Kelab Remaja ISMA Melaka telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program Kursus Kepimpinan di Sekolah Menegah Vokasional Muar bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang. Kursus ini berjaya mengumpulkan seramai 60 orang pemimpin pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas asrama, pengerusi unit beruniform dan kelab.

Usai sesi suai kenal bersama peserta dan barisan fasilitator, saudara Mursyidi B Mohammad, Pengarah KRIM Melaka memulakan slot yang pertama bertajuk “Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin”. Peserta diminta berbincang dalam kumpulan dan membentangkan peranan seorang pemimpin sebelum penceramah berkongsi pengalaman dan tips-tips berguna sebagai pemimpin sekolah.

Slot “Peribadi Pemimpin” pula dimulakan dengan tayangan video tentang lebah dan disusuli dengan pembentangan ciri-ciri lebah yang boleh diaplikasikan sebagai seorang pemimpin. Peserta kelihatan teruja dengan fakta-fakta menarik mengenai lebah, makhluk ciptaan Allah yg unik. Juga diselitkan aktiviti ”Scanner Buruk” untuk memberi penekanan kepada kepentingan komunikasi yang berkesan dalam satu organisasi. Para peserta kelihatan seronok dan terhibur apabila melihat hasil lukisan setiap kumpulan yang rata-ratanya agak berbeza dengan lukisan asal.

Selepas makan tengah hari dan solat zuhur berjemaah, para peserta mengikuti pula aktiviti “Fast & Furious”. Kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kreatif peserta diuji dalam memastikan setiap ahil kumpulan menyentuh bola tennis dan durian dalam masa yang paling pantas. Kemudiannya,peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan dan dilepaskan untuk ke 4 “check point” bagi menyelesaikan tugasan dalam aktiviti “Explorace”. Peserta perlu menggunakan kemahiran menulis karangan dan mengira matematik untuk melepasi check point “Assalamualaikum teacher”. Pelbagai ragam dan gaya ditunjukkan oleh peserta untuk menyelesaikan tugasan terutamanya di check point “Sungai Asid”. Kesemua kumpulan juga terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan tugasan “puzzle” yang amat mencabar di check point yang terakhir. Saudara Nazeri b Kamarudin yang menguruskan aktiviti Explorace kemudiannya membuat rumusan dan berkongsi tips-tips untuk menjadi pemimpin yg berkesan.

KRIM Melaka ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SMV Muar kerana sudi mengundang kami untuk bersama-sama menjayakan program ini. Jutaan terima kasih juga buat semua yang terlibat dalam program ini. Semoga program ini diberkati oleh Allah s.w.t. dan membantu melahirkan pemimpin yang unggul di masa hadapan. Pemuda hari ini adalah pemimpin hari esok.

Dilaporkan oleh,

Mursyidi Mohammad
Pengarah KRIM Melaka
http://www.krimmelaka.blogspot.com


Album Aktivisme KRIM Melaka 2009

February 24, 2010

Remaja adalah aset penting negara kerana merekalah yang akan mencorakkan jatuh bangunnya tamadun bangsa ini di masa hadapan. Mereka adalah ibarat biji benih yang ditanam, perlu dibela, dibaja dan dilindungi dari sebarang kerosakan agar pepohon yang bakal hidup melahirkan buah-buahan yang masak ranum dan hasil yang lumayan.

KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM)
tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.

ALBUM AKTIVISME KRIM MELAKA 2009